BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AsSalAmualaiKum..

wElCOme To My BLoG

Friday, November 26, 2010


haha..macam nak gile aku cari baju untuk diner mpg..lastly ak pilih bju ni.. all in white. ade yang panggil aku puteri salju.. ade yang cakap bru balik dr haji..haha..whatever dorg nak kate..yang penting aku happy sgt mlm tu.. semua org sporting.. dan sangat seronok lah.
Posted by Picasa

Tuesday, October 19, 2010

i just want u to be happy

sorry..
i miss u so much..
but i need to stick with decision that i have made.
hope u'ill be happy without me

Sunday, October 3, 2010

gudbye sayang..


kadang2 cinta perlukan pengorbanan..
saya undur diri untuk masa depan awk
maaf saya tak dapat jadi yang terbaik untuk awk
semoga awk berjaya di dunia dan akhirat
i'll always pray for u my dear

Wednesday, September 22, 2010

industrial tranining

uhh.. sy dalam dilema..

cimb or furniture company..

Tuesday, August 31, 2010

nak kawen!!

aku ada terbaca notes ni dari fesbuk..

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai… Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa. Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat.

Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat. Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina.

ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat. Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk. Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along. Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti.

Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada.

Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah.

Sekarang pilihan di tangan kita… Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa. along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah.

Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini. Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul. along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah.

InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam. Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka. Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka.

Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti. Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


bila baca surat niy rasa macam nak kawen je..tp aku sedar aku tak layak lagi tok jadi isteri yang baik..huhu.

Monday, August 23, 2010

RINDU NYE....

bila tompok dah besar tompok asek sakit je..
muntah-muntah la.. sakit mata la.. cirit birit la.. cianye tompok..
pic ni pon time tompok sakit..die tamo makan


Time tomPOk kecik2 comey2


rindu sangat kat tompok yang nakal niy...
ni la satu2 nya kucing yang aku ada lepas gemok kena buang..hukhuk






Wednesday, May 26, 2010

Friday, May 21, 2010

hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu (saya & dia) ^^v

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Thursday, May 20, 2010

hidupku tiap2 ari~








time cuti sem niy..xde menda yg menarik pon yg ak wat..sume biase2 aje,, ni favourite aku..

makan plg ske..
pas2 jalan2 n makan sedap2..
main game harvest moon pon best gak
then baca novel yg d pinjam kt library pkns
pas2 online..
kacau tompok yg aggresiff+gediks
lastly tidurr..ngn harapan dpt mmp yg besh2..
inilah aktiviti aku time cuti kali ni..
agak bosanla..

Monday, May 17, 2010

ayuh Kembali ke sekolah.. ayuh!!

SMKAKS...sekolah yg ku duduki sejak form1 smpai ler form5.. sekolah yg ajar aku erti kehidupan.. sekoalah yang mentarbiah aku tok jd muslimah yang sejati..tempat aku menimba ilmu2 dunia dan akhirat.tmpt aku mengenali erti persahabatan..ouh!sgt memberi makna dlm hidup ak tmpt niy..






lencana sekolah.. dlu aku mls nak jahit lencana niy..so iron je kt tudung.tp jap je tahan..pas2 da tercabut balik..adeyh



ni la pintu masuk sekolah ku..asek tukar je..dulu time kck2 ktorg penah gotong royong bersihkan pintu dpn skola niy..sok aku akn jejakkan kaki aku ag d sekola niy..yeay!

love inside u

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yangdicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu denganpasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandaimemperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapitidak kisah sekirannya pasangannya cemburuterhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguhbila melakukan kerja


Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan (cm xjew).
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.


Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.


Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.


Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan danperhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadapindividu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.


Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.


September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.


Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

November (it's me)
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. (ak ske gak cte..)
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.


Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Saturday, May 15, 2010

masih adakah sayang??


Kasih sayang seseorang itu boleh berubah tidak kira waktu.sama ada malam atau siang,pagi atau petang,musim kemarau atau musim banjir. aku ni bukanlah pakar cinta..tp berdasarkan pengalaman aku..kawan2 aku...dan tengok dlm drama. tapi yang dalam drama ni macam susah sket la nk caye kn..sbb kadang2 xlogik.ok..sekarang aku nak bagitau camne nak tau bf or gf sayang kita ke x.

1) cuba untuk tidak sms, call dalam masa 2 atau 3 hari. kalau gf or bf korang cari korang dalam masa 2 3 ari 2 maksudnya die masih syg korg..so jgn risau k

2) try cakap korg akan bertunang dengan pilihan parents bulan depan.. (time ni ckap face to face la) tengokperubahan muka dia.kalo muka cam sdey ke masam ke..tu tandanya die tak mau kehilangan korang..hehe da tau air muka die dah lain tu jangan lak korang tak gtau yang korag tipu..kang merana lak diri sendiri..

3) biarkang dia yang ajak korang jumpa.bila dia yang ajak korang jumpa..maksudnya dia rindu korang n masih perlukan korang

4)yang ke4 ni risiko sket..sbb yang ni korang kalo da tak tahan sgt sbb perubahan dia sgt ketara..korang uji gf or bf korang ngn mtk clash..bila die ckp die still syg korg 2 kira ok la..myb die de mslh sket..

setakat ni jela yg dapat aku b'kongsi..

Friday, May 14, 2010

DowNloadiNG koREan MOvie



so slow...bored..bored..bored..
feel sleepy..but need 2 waiting this done
coz feel impatient larr..
want to watch this movie..
waiting and waiting
make me sick
arghh!!

bla...bla...bla..
zzzZZzz
krohh..kroh...
started from 12am and now 3.15 am..
this download does not finished yet
how can be my classmate's hobby is download movie??
sure he have the high and high ability to be patient
the conclusion is...just copy the movie from
the person who love to download it..

Saturday, April 3, 2010

story OF mY fAmilY


this is my family..i love my family damn much!! ayah..sorg yg gud lo0king..tgk ank la kalo xcye..ekeke..dlu polis..tp benti.skang join biz.mummy lak a gud mother in the world..so sporting n sapporting.. i love her so much.she's a teacher.she always be by our side whenever we are need her.my step brother's name is fadino..a biznesman..like father like brother la..da married.have 5children..so cute sgt ank2 die.while my sister is a greates sister dat i have..coz i have only 1 sister..ehe.hurm..what can i say about her lagi ea..ok.now she is maid in my house coz she do not work since she grad..hopefully she can get a better job,so she can blnje me mam..uhu.then my bro.now he is working at ampang jaya at a restaurant..if i'm not mistake the restaurant name is club darul ehsan.i dont know how many time he change his job..pity of him n also my mother..coz she always worry about him.me?no need to summary about me la..ehe.lastly gemok.she is my cutest cat that i have.so lazy..n garang also.xske org angkt2 die. thats all the story of my family..

Tuesday, March 30, 2010

i bake a cake special 4 u...



i bake a cake special 4 u..the cake that i bake full of affection.. it shows my love 4 u my love..

The ingredients are...

  1. 1 1/2cup of prayers
  2. 1cup of cares
  3. 12tsp of happiness
  4. 2bowl of love
  5. 2jugs of tears

i mix all of the ingredients..then the cake can be bake and eat forever as our relationship is in the air laling.. i love u so much dear!!

LaGU buaTmu KekasiH

Doa Seorang Kekasih
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sunday, March 28, 2010

agen topup, mantop!!


spe2 b'minat nk jd agen topup leh la layari web ni... http://www.kenyalangeload.com/?id=nisa

Apa Kelebihan Kami?

  • Anda akan mendapat keuntungan produk 2% - 10%.
  • Jualan melalui SMS
  • Yuran pendaftaran yang rendah RM30 sekali seumur hidup.
  • Kami menyediakan Server (Gateway) CELCOM, MAXIS DAN DIGI
  • TIADA Caj SMS untuk mesej yang diterima dari server
  • Anda akan diberi komisen RM10 apabila memperkenalkan agen baru
  • Tidak perlu upgrade.
  • Tidak perlu maintain jualan.
  • Tiada yuran tahunan / bulanan / etc.
  • Semua boleh terlibat dalam perniagaan ini (Student, Pekerja, Businessman, etc).
  • Pendapatan secara ‘real time’, tidak perlu menunggu.
  • Perkhidmatan Server terbaik & pantas. (hanya 5 to 10 saat terus masuk topup ke hp customer.
  • Tercanggih dan terpantas di abad ini.
  • Perkhidmatan Top Up 24 jam.
  • Reload serta merta (Autoreload).
  • Tidak memerlukan premis perniagaan - Urusniaga hanya melalui handphone anda.
  • Caj SMS yang minima hanya 1 Sen dengan 8pax avtive5 dan celcom blue .
  • Tidak memerlukan pekerja - segalanya anda uruskan sendiri.
  • Urusniaga dimana-mana sahaja - Mobile Biznes.
  • Anda tidak perlu menyimpan stok kad topup.
  • Khidmat Bantuan melalui telefon / email secara terus.
  • Bukan skim cepat kaya.
  • Bukan MLM atau Multilevel Marketing.
  • Tidak menggunakan sistem pyramid.
  • Bebas, tidak terikat dengan apa-apa jadual, etc.

nk tau lbh lanjut sila ym sy k... niesa_sagtgurlz
tq!

LoVe Pr0bs

There is 1 guy told me dat his gf doesnt need him anymore.. y??? coz of his mistake.. hurm.what can i say 2 him?like cant live without his gf je 2.. pity for him.. sbr ye dearest fren.. myb de hikmah sume 2.. dont be sad..i always here 4 u..share ur sadness n happiness with me.. coz i'm ur fren till the end

MINYAK ANGIN BERAROMA~


minyak ni tok selsema,batuk,cairkn kahak,penin pale,skt gg,loya, skt perot,ilgkn stress,sng tok tdo,skt2 sendi,gigitan serangga,luka, resdung.senang kate ubt ni serba guna..tp bkn minyak pengasih k..uhu..miyak ni de bau lemon..so leh gak jd perfume..non alcohol,sesuai tok sume peringkat umo. HARGA CUMA RM13 10ML tok 1 botol.sape2 b'minat leh contact sy 0176847969
ato no ayh sye kt name card 2 ea...tq!

Pagi yg gelap...


Skang kul 05.50a.m..
ak kesorgan ditemani gemok meow2 yg sedang menjilat kukunye..
hurm..bru create blog niy..byk nk kne blajo..